Wednesday 23 August 2017

PANDUAN membeli kereta terpakai: (Tip 1)

Periksa rekod penyelenggaraan kenderaan tersebut.

Terdapat sesetengah penjual yang memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan terpakai. Penjual akan memutarkan atau memprogramkan semula meter digital bagi mengaburi mata pembeli.Ini bertujuan supaya kereta kelihatan seperti tidak banyak dipakai oleh pengguna terdahulu. Anda tidak perlu risau kerana penipuan mereka tetap dapat dikesan. Keadaan meter kenderaan juga harus dipastikan bebas daripada kesan leraian.

Periksa tayar kenderaan sekiranya meter menunjukkan bacaan kurang dari 30,000km.Adalah mustahil bg sesebuah tayar untuk botak bagi penggunaan kurang dari 30,000km.Tayar kereta sebenarnya boleh digunakan antara 45,000km sehingga 60,000km bergantung pada cara penjagaan.
Cuba hubungi pemilik terdahulu, pusat servis kereta, untuk mendapatkan bacan akhir.

http://eddie-soh.blogspot.my/

www.ehmotorcredit.com
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#eddiesohblog
Sesi mengopi TANPA beli kopi #292
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat petang boss..klau kereta injin cepat panas dan air dekat tangki spare mengelegak kenapa ye..tetapi kipas radiator hidup mcm biasa...perdana sei...

JAWAPAN:

HOS getah penyalur air dan penutup kerap menjadi punca kegagalan radiator yang berfungsi menyejukkan enjin dengan sempurna.
Ini berikutan kegagalan dua komponen berkenaan membuatkan air dalam radiator bertukar menjadi wap menyebabkan kandungannya semakin berkurangan.
Sekiranya hos getah gagal berfungsi akibat bocor, ia mungkin berpunca daripada keretakan atau rekahan pada permukaannya kerana komponen itu terlalu lama sehingga menjadi keras.

Jika rekahan itu dibiarkan tanpa mengganti hos, kemungkinan ia bocor menyebabkan semua air dalam tangki kosong, sekali gus menaikkan suhu enjin.
Penutup radiator pula gagal berfungsi apabila springnya menjadi keras dan tidak lagi menganjal menyebabkan komponen itu gagal mencengkam bagi menutup lubang memasukkan air.

Radiator tersumbat akibat daripada tidak di servis komponen ini adalah sumber ketiga suhu enjin naik.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

Tuesday 22 August 2017

Sesi mengopi TANPA beli kopi #291
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam Sejahtera Tuan Eddie

MERCEDES, BMW, AUDI

Boleh saya minta pendapat, diantara ketiga-tiga jenama kereta keluaran German ini, jenama apa yang kos 'maintenance' dan 'spare part' yang termurah? dan jenama mana pula yang termahal?

Andaikan kereta-kereta ini berusia 5 tahun keatas

Terima kasih atas pendapat Tuan

JAWAPAN:

Mercedez paling tahan lasak spare partnya dan maintenancenya. Bab kosnya lebih kurang sama mahal.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi