Wednesday 23 August 2017

Sesi mengopi TANPA beli kopi #292
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat petang boss..klau kereta injin cepat panas dan air dekat tangki spare mengelegak kenapa ye..tetapi kipas radiator hidup mcm biasa...perdana sei...

JAWAPAN:

HOS getah penyalur air dan penutup kerap menjadi punca kegagalan radiator yang berfungsi menyejukkan enjin dengan sempurna.
Ini berikutan kegagalan dua komponen berkenaan membuatkan air dalam radiator bertukar menjadi wap menyebabkan kandungannya semakin berkurangan.
Sekiranya hos getah gagal berfungsi akibat bocor, ia mungkin berpunca daripada keretakan atau rekahan pada permukaannya kerana komponen itu terlalu lama sehingga menjadi keras.

Jika rekahan itu dibiarkan tanpa mengganti hos, kemungkinan ia bocor menyebabkan semua air dalam tangki kosong, sekali gus menaikkan suhu enjin.
Penutup radiator pula gagal berfungsi apabila springnya menjadi keras dan tidak lagi menganjal menyebabkan komponen itu gagal mencengkam bagi menutup lubang memasukkan air.

Radiator tersumbat akibat daripada tidak di servis komponen ini adalah sumber ketiga suhu enjin naik.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

No comments:

Post a Comment